Kehidupan sebagai ibu bapa bukan mudah seperti yang dibayangkan. Terutama sekali kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pertama, akan terasa sedikit panik apabila bayi tiba-tiba menangis berterusan tanpa sebarang sebab. Lebih merisaukan lagi apabila si manja tidak mahu menyusu dan berterusan menangis. Apa yang harus anda lakukan?
Jika anda sudah pastikan keadaan bayi selesa, suhu bilik nyaman, tiada sebarang serangga yang mengganggu dan sebagainya, mungkin bayi anda mengalami kembung perut. Keadaan kembung perut ini membuatkan bayi tidak selesa dan kebiasaannya berlaku selepas selesai memberi susu. Jika bayi anda mula menangis selesai sahaja diberikan susu, ketahui lah bahawa anda sudah terlupa melakukan satu langkah yang penting sebelum menidurkan si manja.
Table of Contents
Sendawakan si manja
Sendawakan bayi andalah langkah yang amat penting sebelum membiarkan bayi anda terus tidur. Hal ini kerana apabila bayi sedang menyusu, meereka juga akan turut menelan udara. Keadaan ini lah yang menyebabkan kemungkinan bayi untuk mengalami kembung perut atau muntahkan kembali susu. Sebagai ibu bapa, anda perlu melakukan sesuatu supaya bayi anda sendawa.
Malah, proses sendawa ini juga mampu mengelakkan bayi daripada tersedak susu. Sebab itu lah menyendawakan bayi amat penting sekali dan jangan sesekali terlupa melakukan langkah ini. Apabila bayi mengalami kembung perut, mereka akan berasa mual disebabkan oleh angin di dalam perut dan memuntahkan kembali susu walaupun belum kenyang. Disarankan untuk ibu bapa menyendawakan bayi sekurang-kurangnya satu kali ataupun dua kali semasa menyusu.
Setiap bayi mempunyai cara berbeza untuk sendawa dan ianya bergantung juga pada umur bayi tersebut. Sekurang-kurnagny bayi perlu lah sendawa dua kali semasa menyusu untuk memastikan perutnya selesa dan juga kenyang. Tips penting di sini ialah sentiasa sediakan kain bersih kerana kemungkinan bayi akan muak dan mengeluarkan susu ketika sendawa.
Cara mudah untuk sendawakan si manja
Bayi yang baru lahir iaitu berumur 6 bulan kebawah, mereka perlu disendawakan selepas diberikan 15 hingga 30 ml susu. Manakala untuk bayi yang berumur 6 bulan sehingga 12 bulan, mereka perlu disendawakan 2 hingga 3 kali setiap kali menyusu.
Untuk membuatkan bayi sendawa dan mengeluarkan angin di dalam perut, pastikan bayi dibiarkan dalam posisi duduk atau kepalanya lebih tinggi sedikit daripada badan. Pastikan bayi betul-betul sendawa kerana kembung perut ini boleh membuatkan basi tersedak susu dan ianya amat merbahaya untuk nyawa si manja. Proses menyendawakan bayi ini sedikit memakan masa, jadi bersabarlah menunggu.
Cara pertama: Sendawa di posisi bahu
Meletakkan bayi di bahu adalah cara yang paling biasa digunapakai oleh ibu bapa. Anda boleh meletakkan bayi di bahu dengan memastikan perutnya diletakkan di posisi leher agar tulang leher anda boleh membantu menekan perut si manja. Tekanan di perut amat penting untuk membuatkan bayi sendawa. Pastikan bayi bersandar dengan selesa dan diampu dengan cermat. Tepuk dengan perlahan ataupun gosokkan belakang badan bayi sehingga sendawa.
Cara kedua: Sendawa di posisi tangan
Letakkan bayi dalam keadan duduk di pangkuan paha anda dan pastiakn bayi bersandar ke hadapan. Pastikan sebahagian besar berat badannya diampu oleh tapak tangan anda di mana tapak tangan anda menekan perutnya. Dagu bayi juga diampu dengan sebaiknya dengan merehatkannya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda dalam bentuk ‘V’. Jika bayi tersebut berumur kurang dari 3 bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Tepuk atau urut secara perlahan badan belakang bayi.
Cara ketiga: Sendawa dengan meniarap
Untuk cara ini,bayi perlu dibiarkan meniarap di atas paha. Bahagian muka bayi hendaklah menghadap lantai. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan dan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga sendawa.
Berapa lama diperlukan untuk sendawakan bayi?
Kebiasaannya, proses ini akan mengambil masa antara seminit sehingga 5 minit dan ianya bergantung juga kepada bayi. Semakin bayi meningkat besar, mereka akan menjadi lebih bijak dan ianya normal untuk tidak sendawa selepas minum susu. Ini kerana mereka tidak lagi menelan udara yang banyak ketika menyusu.
Dinasihatkan untuk ibu bapa menyendawakan bayi sekurang-kurangnya selama tempoh 6 hingga 9 bulan pertama. Ianya lebih bagus jika tempoh tersebut dilanjutkaan sehingga bayi berumur seathun atau lebih. Bayi yang sudah mencapai fasa boleh berdiri sendiri dan bergerak biasanya akan mula sendawa sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa.
Tips untuk menyendawakan bayi
- Elakkan daripada membaringkan bayi 30 minit selepas menyusu untuk mengelakkan si manja muntah.
- Elakkan mengoncnagkan bayi di dalam buaian untuk mengelakkan daripada muak.
- Pakaikan bib pada si manja sewaktu menyusu dan sediakan kain untuk mengelak baju anda daripada terkena muntah susu.
- Gosok, urut dan tepuk belakang bayi dengan perlahan-lahan.
- Di bahagian belakan kiri badan bayi adalah kawasan yang perlu anda fokus untuk tepuk dan gosok.
- Jika bayi menangis ketika menyusu, ianya mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa disebabkan oleh udara yang ditelan. Jika ini berlaku, berhenti berikan susu sebentar dan cuba untuk sendawakan bayi sebelum berikan susu kembali.
- Sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan bayi tidak tidur dalam keadaan puting susu di dalam mulut. Ini amat merbahaya dan boleh mengancam nyawa mereka.
Tanda-tanda si manja mengalami kembung perut
- Biasanya bayi yang mengalami kembung perut akan berasa tidak tenang selepas menysuu menjelang malam. Mereka akan mula menangis tanpa henti dan tidak boleh tidur.
- Bayi akan mula menangis menjerit-jerit dan ianya bukan tangisan yang biasa kedengaran ketika mereka lapar atau membuang air besar. Perhatikan mereka akan menarik kaki ke arah perut yang menunjukkan bahawa mereka sedang kesakitan. Muka mereka juga kebiasaannya merah.
- Apabila bayi kembung perut, tangisan mereka biasanya sangat lama dan boleh mencapai sehingga 4 jam! Mungkin mereka akan berhenti seketika selepas menggosok perut atau bermain dengannya tetapi mereka akn kembali menangis dan menjerit.
- Mereka akan selalu menangis setiap hari dan pada masa yang sama. Ianya boleh terjadi berminggu-minggu sehinggalah bayi berumur 4 bulan. Jika ianya berterusan, kemungkinan besar bayi mengalami perut kembung dan juga masalah kesihatan lain. Berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemantauan.
Penyebab si manja mengalami kembung perut
- Pemakanan ibu: Kembung perut bayi juga boleh disebabkan oleh pemakanan ibu. Ini kerana apa yang dimakan oleh ibu akan mempengaruh susu yang diberikan kepada si manja. Ada beberapa makanan yang boleh mendatangkan angin kepada perut si manja. Jadi berhati-hati.
- Perut bayi terlalu penuh: Ada juga beberapa pandangan di mana, perut bayi yang penuh juga boleh membuatkan mereka berasa tidak selesa. Ia akan membuat mereka rasa terganggu dan menyebabkan mereka seakan-akan dalam kesakitan.
- Nikotin dan kafein: Ibu perlu berpantang dari mengambil nikotin serta kafein. Bayi menyerap zat-zat dan nutrien melalui susu ibu. Kafein dan nikotin tidak sesuai dengan tubuh badan bayi.
- Pemakanan yang tidak seragam: Ibu perlu mengambil makanan secara sederhana, sihat dan seragam agar bayi sudah terbiasa dengan makanan tersebut. Elakkan makanan seperti pulut, kekacang, produk tenusu, makanan bergandum, makanan yang pedas, berempah, dan juga coklat jika anda masih menyusukan bayi.