F&N 100 Plus
100plus
Rasanya sangat sedap dan manisnya yang tidak terlalu kurang dan tidak terlalu lebih. Lepas bersukan je mesti minum air ni sebab rasa segar dan hilang penat. Harga pun boleh diterima. Cuma kadang-kadang saya rasa gasnya agak berlebihan.
Xiaomi Power Bank 10000mAh (Red)
Murah dan berbaloi
Powerbank yang sangat berkualiti tetapi lebih murah dari powerbank jenama lain. Saiznya juga sangat mudah untuk dibawa ke mana- mana. Kebanyakan powerbank jenama lain agak mahal berbanding powerbank xioami. Boleh mengecas smartphone saya dua kali penuh. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang nak beli powerbank tapi bajet rendah.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sabun terbaik
Dah lama dah guna sabun lifebuoy ni sebab buih dia banyak walaupun ambik sikit je. Jadi bole jimat banyak di situ. Harga pun takdelah mahal sangat masih mampu dibeli dan boleh pakai lama. Badan pun rasa selesa dan wangi. Kebanyakan sabun lain buih dia ada yang sikit walaupun ambik banyak-banyak. Jadi sabun lifebuoy ni memang yang terbaik.