Johnson’s Baby Body Care Soft & Smooth Powder
Tekstur bedak yang lembut
Saya sangat sukakan bedak ini. Saya sentiasa sapu pada bahagian muka dan badan selepas mandi. Bedak ini terdapat dalam botol kecil yang mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ramai kawan serumah saya menggunakan bedak ini kerana selesa dengan teksturnya yang sangat lembut.
Himalaya’s Purifying Neem Face Wash
Produk yang bagus.
Pencuci muka himalaya best digunakan. Saya menggunakan pencuci muka himalaya setelah melihat rakan saya menggunakannya. Kulitnya sangat cantik dan tidak berjerawat. Pencuci muka himalaya juga mudah untuk didapati di gerai yang berdekatan dan harga yang berpatutan.
Johnson’s Baby Active Fresh Powder
Bedak yang wangi.
Selain menggunakan Johnson’s Baby Body Care Soft & Smooth Powder, saya juga menggunakan bedak ni. Saya menggunakannya kerana saya kerap berpeluh dan mengalami ruam. Bedak ini menjadikan daya lebih selesa, kurang berpeluh dan berbau. Jom guna produk yang baik seperti ini!