Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Anak Suka Carrie Junior
Carrie Junior memang pilihan saya dari anak pertama lagi. Malahan saya juga membelikan mandian yang sama untuk dihantar ke pengasuh. Bauan dia membuatkan anak-anak tak mahu keluar dari bilik air. Wangi dan lembut pada kulit.
Palmer’s Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover
COCOA BUTTER FORMULA PRODUCTS Skin Nourishing Calming Cream Cleanser
Selepas saya mencuba Cocoa Butter Formula Calming Cream Cleanser, ternyata wajah saya terasa lebih segar dan bersih serta lembab berbanding menggunakan jenama lain. Bekerja di dalam pejabat membuatkan kulit wajah kering ditambah dengan pemakaian alat solek. Pulang dari kerja, saya hanya perlu menggunakan Cocoa Butter Formula Calming Cream Cleanser untuk mencuci alat solek dan seterusnya mencuci wajah. Diperkaya dengan vitamin E dan tekstur yang ringan menjadikan ia pencuci pilihan ramai. Pada yang gemar solekan mata, produk ini juga selamat untuk membuang solekan mata. Wajah saya makin lembab, kurang berminyak dan lebih segar selepas penggunaan produk ini secara konsisten. Terima kasih Palmer's.