WONDA Mocha
Kopi Pilihan Pemandu
Saya selalu memilih kopi wonda sebagai minuman pilihan bila saya memandu kereta untuk jarak jauh seperti pulang ke kampung dan kerja luar kawasan. Kopi wonda mampu menghilangkan mengantuk semasa memandu dan kafein dalam kandungan minuman ini ada sedikit kebaikan kepada tubuh badan. Rasa kopi wonda mocha amat menarik minat saya dengan rasa yang tidak terlalu pekat berbanding kopi lain di pasaran. Selain itu, kopi ini juga diambil oleh saya untuk berjaga malam menyiapkan tugasan kerja pada waktu kerja dan juga diluar waktu kerja.
F&N 100 Plus
Minuman Isotonik Terbaik
Minuman isotonik 100plus amat sesuai diminum untuk pelbagai lapisan masyarakat. Bagi saya sebagai seorang pekerja yang sentiasa keluar melawat "site" dalam keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas, saya sentiasa memilih 100plus sebagai minuman saya bukan hanya untuk menghilangkan dahaga, malah membantu menghidrasi semula tubuh saya dalam keadaan cuaca yang panas terik. Selain itu, 100plus juga biasa saya ambil bila demam kerana ianya dapat membantu menghilangkan sedikit demam dan selsema yang dihadapi. Terima kasih
Xiaomi Redmi 5 Plus
Telefon Bajet Terbaik
Saya amat menggemari telefon pintar keluaran xiaomi kerana telefon ini adalah telefon mampu milik dengan spesifikasi yang amat tinggi dan boleh disimpulkan ianya amat berbaloi untuk dimiliki. Bagi penggemar gaming, telefon ini amat sesuai untuk dimiliki. Namun, bagi saya untuk penggemar selfie dan penggemar gambar nature, camera dari peranti ini kurang memuaskan. Namun secara keseluruhan, ianya amat berbaloi dengan harga yang amat murah berbanding telefon berjenama lain.