Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sesuai seisi keluarga
Semenjak menggunakan mandian lifebuoy ni sy terus menjadi pengguna setia produk ini. Sesuai digunakan tak mengira umur. Lembut pada kulit walaupun pada kulit yang sensitif langsung tak buatkan kulit kering selepas mandi.
Antabax Bar Soap
Sabun yang terbaik
Saya baru mencuba sabun ini yang berwarna biru di bawah sekali. Ianya merupakan sabun antibakteria yang berbau seperti ubat tetapi baunya tidak terlalu kuat seperti sesetengah jenama. Sabun ini juga mudah dibilas dan tidak meninggalkan kesan melekit. Harganya juga berpatutan
Dettol Original Shower Foam
The Best Choice
Jenama mandian Dettol memang menjadi sabun mandian pilihan seisi keluarga. Sabun ini dapat membasmi kuman dan sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah gatal-gatal di kulit seperti saya. Saya memang akan guna sabun mandian ni.Ia juga memberi kelembapan dan kesegaran badan.