Vasia Maharani Eyeliner
Pilihan Celak Nombor 1 Saya!
Saya amat jatuh cinta dengan Maharani Eyeliner kerana ianya sangat mudah dipakai dan mencantikkan mata saya. Saya akan memakai Maharani Eyeliner setiap kali keluar dan ianya juga kalis peluh. Jadi saya tidak perlu memakai celak selalu selepas berpeluh. Maharani Eyeliner juga cepat kering dan menjimatkan masa untuk dipakai. Harganya berpatutan dan mampu milik. Saya telah setia bersama Maharani Eyeliner selama 1 tahun dan amat berpuas hati.
Eversoft GINGKO & YUZU
Kehebatan Yang Tiada Tandingan!
Saya amat berpuas hati menggunakan produk-produk Eversoft kerana produknya sentiasa memberi kesan yang positif dan terbaik sebagai penjaga kulit muka. Saya telah setia bersama produk Eversoft selama 5 tahun dan tidak akan bertukar kepada jenama produk lain. Sebelum mengamalkan produk ini, minyak dan jerawat di muka saya tidak dapat dikawal dan sekaligus menyebabkan saya menjadi kurang berkeyakinan di khalayak ramai. Setelah mengamalkan Eversoft Gingko & Yuzu ini 3 kali sehari, masalah minyak dan jerawat di muka saya dapat dikawal dan ternyata saya lebih yakin dengan personaliti saya. Krim yang wangi dan menyenangkan amat memberi keselesaan kepada saya sebagai pemakai. Harga produk ini juga sangatlah berpatutan dan mampu milik sesuai dengan kualitinya.
Safi Balqis White Trilogy Beauty Cream
Sesuai Dan Berkesan!
Saya berpuas hati dengan produk Safi White Trilogy kerana ia berjaya menutup pori dimuka saya dan seterusnya memutihkan dan menampakkan muka saya cerah semulajadi. Baunya yang wangi amat menyenangkan. Sedikit berminyak tetapi masih okey untuk saya. Saya telah menggunakan produk ini sejak tahun 2015 dan akan menggunakannya lagi pada masa akan datang.