Munchy’s Lexus Cream Sandwich
Antara Cream Sandwich yang memukau
Ini adalah antara biskut yang rajin saya membelinya.Ini kerana rasanya yang berkrim dan rangup apabila dimakan.Antara yang digemari saya adalah perisa coklat. Perisa lain adalah mentega kacang, sayuran,keju dan yang terbaru adalah lemon. Saya menyukainya kerana sedap dan mudah dibawa kemana sahaja. Biskut ini juga mudah dikongsi bersama teman dan juga keluarga. Pasti ada apabila lapar.
Nano White Moisturising Lotion
Great product
Sebelum ini dah pernah pakai produk yang lain tapi kurang sesuai dan kadangkala bila kulit kering,kulit muka terasa seakan mengelupas.Disebabkan itu, saya terasa ingin mencuba produk ini pula.Ternyata selepas menggunakannya, kulit saya tidak menjadi kering kerana kelembapan yang diberikan sepanjang 72 jam. Selain itu, produk ini jugak bebas alkohol, pewarna, mineral dan juga paraben.Dan yang penting, produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, terutama yang mengalami masalah kulit muka yang agak kering macam saya.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
2 minit pun dah cukup
Mee segera adalah antara makanan segera yang sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya jenama Maggi. Makanan segera yang mudah didapati, cepat, dan sedap.Dan yang paling penting, mee segera adalah untuk yang hendak jimat duit poket, orang bujang dan juga pelajar diluar sana macam saya.Haha.Bukan apa, tidak sampai 5 minit pun sudah siap dimasak dalam pelbagai cara dan sedap dinikmati.