NIVEA Skin Delight Glowing Rose
Nivea skin delight
Lotion ini wangi, bau bunga rose. Boleh jadikan sebagai aroma terapi. Bila pakai, akan rasa sedikit berminyak sebab nak pastikan kulit sentiasa lembap, tapi jangan risau sebab lotion skin delight ni cepat meresap ke dalam kulit, menjadikan kulit saya sangat lembut!
NIVEA Intensive Moisture Body Milk
Nivea body lotion intensive moist
Kerja di pejabat membuatkan kulit saya rasa kering. Untuk memastikan ia sentiasa lembap, saya menggunakan nivea body lotion intensive moisture. Sangat berbeza dengan lotion pelembap yang lain, lotion nivea mempunyai teknologi hydra iq, di mana teknologi tersebut akan mencari tempat kering dipermukaan kulit kita, dan automatik akan melembapkannya. Hasilnya, kelembapan badan saya serata. Untuk hasil yang lebih baik, saya juga menggunakannya pada waktu malam sebelum tidur
NIVEA Crème
Nivea Creme
Jatuh cinta dengan nivea creme! Sebab banyak kegunaannya! Saya gunakan nivea creme ini sebagai make up remover, pelembap muka sebelum apply foundation, sebagai mask dan banyak lagi. Saiz yang kecil juga menyenangkan saya untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Ohh tidak lupa, boleh juga sapu di bahagian tumit kaki yang berkerak. Jika anda ingin bercuti ke tempat yang sejuk, jangan lupa beli nivea creme satu. Percaya cakap saya, nivea creme sangat membantu!
Watsons Cream Body Wash Green Tea
Watson Green Tea shower gel
Saya suka dengan bau mandian green tea dari watson ni. Sebab baunya akan melekat pada badan walaupun selepas mandi. Sangat wangi dan lembut. Harga juga berpatutan. Pakai sedikit sahaja pun sudah memadai.