PET PET Night Tape Diaper
Pampers yang berkualiti
Pet pet merupakan pampers yang selesa dan berkualiti untuk anak saya.Anak saya tidak lagi mengalami ruam lampin selepas menggunakannya jika dibandingkan dengan pampers yang lain yang menyebabkan kulit anak saya kemerahan dan melecet. Selain itu masalah bocor juga berkurangan dan meringankan kerja harian saya.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Murah dan senang didapati
Sejak melahirkan anak yang pertama saya menjadi pengguna tetap pureen baby wipes berikutan harganya yang berpatutan dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk untuk membelinya kerana ia banyak dijual di kedai kedai berdekatan
Drypers Classic
Sesuai waktu siang
Pada waktu siang biasanya saya akan pakaikan drypers classic untuk anak saya. Ini berikutan kapasnya yang agak nipis dan tidak sesuai jika dipakai untuk tempoh yang lama dan mudah bocor terutama pada waktu malam.