Lifebuoy Total 10 Body Wash
Badan rasa segar dan selesa
Kami sekeluarga suka guna mandian Lifebuoy ni. Tekstur mandiannya yang halus, lembut dan berbuih buat kami rasa selesa semasa mandi dan selepas mandi. Bau yang kekal di badan lepas mandi buat kami rasa segar. Saiz botolnya yang sederhana sesuai dibawa ketika bercuti juga.
Agnesia Antibacterial Powder
Kurang rasa gatal akibat peluh dan allergic
Saya dan keluarga guna bedak Agnesia ni sejak dulu lagi. Kalau main di padang dan banyak berpeluh lepas tu kulit jadi gatal-gatal. Lepas mandi kami guna bedak ni. Kami suka rasa sejuk lepas letak bedak ni. Tak sama dengan bedak yang lain. Kulit saya yang gatal pun jadi kurang gatal dan selesa.
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Badan segar dengau bau oren
Mandian Shokubutsu Orange ni memang best. Saya suka bau yang melekat di kulit saya lepas mandi. Kulit pun jadi lembut. Mandian yang sesuai untuk seisi keluarga kerana ia lembut pada kulit. Kita akan rasa selesa dan segar waktu mandi dan lepas mandi.