Maybelline Hypersharp Laser Liner Intense
Eye Liner setajam pisau! ?
Produk yang paling saya gemari kerana ia sangat membantu saya untuk mendapatkan garisan yang lurus dan tajam. Warna serta ketahanannya pada muka berminyak seperti saya juga sangat memuaskan. Ia tidak mudah dipadam dan kalis air! Sangat berbaloi bagi pengguna yang baru berjinak dengan barangan makeup.
Watsons Strawberry And Yogurt Cream Hand Soap 500ml
pencuci tangan yang lembut
Baunya sahaja membuatkan seseorang itu tersenyum. Wangi dan lembut ditangan apabila menggunakan sabunnya. Sesuai untuk semua jenis kotoran. Bagi tangan yang berminyak juga sabun ini dapat menghilangkan minyak tersebut semudah 1, 2 & 3.
Watsons Travel Tissue
Tisu yang paling best! ?
Kualiti tisunya yang sangat mudah menyerap serta ia tahan lasak ketika memerlukannya. Saya sudah lama menggunakan tisu jenama Watsons ini dan ia menjadi kegemaran saya dan keluarga kecil saya. Harganya juga sangat berpatutan. Murah pun murah!
Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick
warna lipstick yang memukau
Bagi pengguna yang mempunyai warna kulit sawo matang seperti saya, anda tiada lagi masalah untuk memilih warna gincu yang sesuai. Ini kerana Mary Kay Lipstick sangat sesuai buat pengguna yang susah untuk memilih warna gincu dan yang cerewet bagi bibir ya g kering. Harganya juga setaraf dengan produk yang terkemuka dipasaran. Berbaloi jika anda ingin mencuba dan menjadi salah seorang yang akan menyukai gincu ini! ?