Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak bayi yang berkesan
Minyak ini yang paling saya suka gunakan pada anak saya masa dia kembung perut . Memang berkesan minyak ni . Tidak terlalu panas dan rasa lega perut selepas digunakan . Saya sebagai bapa pun pakai minyak ini kalau rasa tidak sedap perut atau pun sakit kepala . Bau dari minyak ini boleh menghilangkan sakit kepala kerana aroma dia . Sekarang ni saya kongsi minyak ini dengan anak saya . Berkesan bukan hanya pada bayi malah semua org .
Axion Lemon
Pencuci pinggan jimat dan efektif
Saya suka gunakan pencuci pinggan jenis paste berbanding jenis cecair . Axion pilihan saya sejak dahulu lagi . Sebabnya dia jimat dari segi penggunaan kerana kualiti paste dia bagus berbanding produk pencuci pinggan jenis paste yang lain .paste Axion keras sedikit . Paste jenama lain terlalu lembik membuatkannya cepat sangat habis dan kurang efektif untuk mencuci .dengan axion tahan lama hampir berbulan boleh pakai . Jenama lain hanya sebulan sahaja boleh tahan selepas saya mencuba .
Gardenia Original Classic
Roti sarapan saya sejak kecil lagi
Roti gardenia ni memang sangat sedap . Dari kecil saya suka sarapan roti ni . Betul kata iklan di tv roti gardenia memang enak dimakan begitu sahaja . Kadang2 saya suka makan dengan kaya , planta , jem , cheese , bakar , telur . Paling saya suka bakar roti ni letak cheese dan planta . Rasa dia memang terbaik.. kalau gunakan roti jenama lain kurang sedap sebab x selembut roti gardenia . Roti jenama lain macam keras2 sikit . So pilihan saya memang roti gardenia sahaja .