Nestle Milo Nuggets Chocolate
Siapa yg tidak sukakan milo!
Siapa yg tidak sukakan milo. Selain daripada minuman milo yg boleh diambil pada bila-bila masa, snek nugget milo merupakan snek yg dapat membantu membekalkan tenaga yang mudah! Pek kecil memberi kemudahan kepada penggemar milo agar senang dibawa kemana-mana. Namun, bagi pencinta snek ini, mungkin perlu membeli dalam kuantiti pek yg banyak kerana ia tidak dijual dalam pek besar.
Munchy’s Oat Krunch
Snek ringkas dan mudah
Saya amat menggemari biskut ini kerana ia amat mudah untuk dibawa kemana-mana seperti berkelah, kudapan ketika menonton wayang, mahupun snek ketika berada di dalam kereta untuk perjalanan jauh.
Ia merupakan biskut yang sihat kerana diperbuat daripada oat, dan terdapat pelbagai perasa mengikut kegemaran masing-masing. Ia juga merupakan salah satu makanan terutama bagi pelajar yg tinggal di asrama. Mudah untuk didapati di kedai-kedai dengan harga yang berpatutan.
Quaker Oatmeal Instant
Makanan Sihat
Quacker oat adalah pilihan saya sekeluarga. Makanan bijirin yg rendah kolestrol, sesuai dijadikan sarapan pagi mahupun makan malam. Juga boleh dimakan sebagai pengganti karbohidrat utama seperti nasi. Mudah disediakan bersama susu dan juga campuran buah-buahan kering seperti strawberi dan kiwi.