EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion
Memenuhi Keperluan Kulit Sensitif Saya
Saya mempunyai kulit yang sensitive jadi setiap kali saya ingin menggunakan sesuatu produk saya harus pilih dengan teliti. Semestinya produk yang selamat dan bebas Paraben akan jadi pilihan saya. EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion sangat menepati keperluan kulit saya terutama ketika hari yang panas kerana ia menyerap dengan baik, memberi kelegaan untuk kulit gatal, dan buat kulit saya jadi lebih halus dan lembut.
Saya amat mencadangkan kepada mereka di luar sana untuk mencuba EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion ni kerana ia amat membantu melembapkan kulit kering dan membaiki kulit yang bermasalah. Untuk dapat kesan yang memuaskan saya akan sapukan EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion sebelum tidur. Ternyata lotion ni bertindak balas dengan baik untuk kulit saya.
Jae Ko Designs Diaper Bag
Beg Mummy yang Trendy & Sweet
Saya suka kan beg ni sebab design dia nampak simple tapi bergaya.
Sesuai digayakan dengan apa jua baju. Suami atau isteri boleh bawa. So tak la nampak kekok bila galas beg ni.
Sebagai mak perkara paling penting bila pilih beg baby kena cari yang tahan lasak, material beg yang senang nak dibersihkan,banyak poket, warna dan design menarik serta praktikal nak bawa ke mana sahaja. Saiz dia Tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Sedang elok orang kata.
Suka juga material beg ni dan terasa \"sense of belonging\" sebab boleh letak nama dekat beg.
Rasa special dan dihargai. Bagus juga dijadikan hadiah untuk kawan, ibu dan orang tersayang.