Gucci Bamboo 30ml Eau De Parfum
Bau yang menyenangkan & tak peningkan kepala
Saya selalunya tak suka sangat pakai perfume sebab kebanyakan perfume buat saya rasa sakit kepala. Tapi bila ada orang hadiahkan perfume Gucci Bamboo ni pada saya, saya try jela. Bau dia okay jugak, tak buat saya sakit kepala. Tapi bau dia cuma tahan beberapa jam je. Tak tahan lama pun. Tapi so far okay la bagi saya.
Bio Oil
Berkesan untuk mengurangkan parut
Saya guna Bio Oil ni sejak saya belajar di universiti lagi. Masa belajar di Pulau Pinang dulu ada banyak serangga Charlie di kolej jadi tangan & badan saya ada banyak parut kesan gigitan Charlie. Bila sapu Bio Oil ni dengan kerap, kesan parut tu pun dah hilang. Sampai sekarang masih lagi gunakan Bio Oil kalau ada kesan-kesan parut lain macam kena minyak panas atau parut luka. Memang best pakai ni. Bau dia pun wangi.
Garden Of Eden Rosa T Acne Gel
Mengecutkan jerawat & tak keringkan kulit
Sebelum ni dah banyak produk untuk hilangkan jerawat yang saya dah cuba pakai. Tapi saya rasa produk Rosa T Acne Gel ni yang paling bagus setakat yang saya dah cuba sebab dia tak mengeringkan kulit & tak buat kulit mengelupas. Lagi satu bau dia pun just nice, tak busuk. Dari segi keberkesanan untuk kecutkan jerawat mungkin agak slow sikit tapi masih okay bagi saya.