Lifebuoy Total 10 Body Wash
Wangi dan meyakinkan!
Kulit akan segar selepas memakai sabun jenama Lifebuoy Total 10 ini! Sabun ini mempunyai banyak manfaat di mana ia melindungi kulit daripada bakteria jahat dan dapat mengekalkan keharumannya yang sangat wangi. Sabun wajib ada di rumah. Suka dan wangi!
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Sedap dan tidak mengecewakan!
Bila tengah lapar dan tak tahu nak masak apa, Ayam Brand Sardines menjadi pilihan nombor satu! Rasanya sangat lazat serta mudah dan senang untuk dihidangkan. Tambah bahan-bahan lain ikut citarasa anda. Cara saya, tambah ubi kentang, cili padi, bawang besar, halia (terpulang), sos cili atau tomato, tumis semuanya dan siap! Makan bersama dengan nasi putih memang melengkapkan hari anda! Perlu cuba dan tak mengecewakan!
Gardenia Original Classic
Lembut, gebu, dan sedap!
Salah satu jenis makanan yang wajib ada di rumah. Sememangnya roti gardenia pilihan saya dan sekeluarga. Boleh dicicah dengan air panas seperti milo atau kafein, boleh dibuat sandwich, dan macam macam lagi! Sangat sedap dan gebu. Boleh juga dimakan begitu saja. Terima kasih Gardenia!