Dynamo Freshness Of Downy Passion Power Gel
2 in 1
Saya sangat menyukai dynamo ini kerana bukan hanya sebagai pencuci baju tapi ia jugak sebagai pewangi baju. Jadi kita tidak memerlukan softan atau pelembut baju yang lain. Harga sangat berpatutan dan mudah didapatk di supermarket berhampiran kita. Ia juga sangat jimat kerana tidak memerlukan terlalu banyak sabun pencuci baju. Sangat menjimatkann. Sangat disarankan kepada sesiapa untuk menggunakannya.
Victoria’s Secret Secret Escape Body Mist
Keharuman berpanjangan
Saya suka perfume ini kerana baunya sangat harum dan tidak terlalu kuat baunya serta baunya yang lembut. Perfume ini jugak bertahan lama sehingga 2 bulan kerana ia merupakan cecair jadi tidak terlalu banyak menggunakannya sudah harum. Design perfume jugak sangat sesuai. Harganya pun berpatutan. Memang terbaikkk.
Adidas Trefoil Gym Sack
Good quality
Sangat sesuai dibawa ke mana saja. Saya suka menggunakan beg ini apabila pergi hiking kerana mudah dibawa dan saiznya yang sederhana. Ia jugak tidak perlu dizip, sangat mudah. Kualitinya jugak bagus dan tahan lama. Sangat menyarankan kepada yang suka hiking.