Safi Olive Oil
Pelembab kulit dan pelembut rambut
Selepas mandi sebelum tidur, saya selalu menggunakan Safi Olive Oil sebagai pelembut rambut. Keesokan harinya rambut menjadi sangat lembut, terurus dan sangat wangi. Selain itu saya juga menggunakanya sebagai pelembab kulit di bahagian siku dan lutut dan juga sebagai makeup remover pada mata yang sangat mudah untuk ditanggalkan apabila menggunakan Safi Olive Oil ini.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sabun mandian pilihan
Saya dan keluarga suka menggunakan sabun Lifebuoy ni sebagai sabun mandian harian kami, sebab ia dapat melindungi dan membersihkan badan dari kuman dan juga memiliki bau yang sangat wangi berbanding Dettol. Bau sabun Lifebuoy bertahan pada badan dari pagi sampai ke petang. Buih sabun Lifebuoy juga banyak, hanya perlu gunakan sedikit sahaja sudah mencukupi selain texturenya yang pekat.
Gardenia Original Classic
Sungguh enak dimakan begitu sahaja!
Roti Gardenia Original Classic menjadi pilihan saya sebagai makanan sarapan kerana isinya yang sangat lembut berbanding dengan roti-roti jenama lain. Roti Gardenia Original Classic ini juga enak dijadikan pelbagai jenis makanan seperti ais krim goreng, sandwich, roti telur, celup milo dan lain2.