Drypers Drypantz
Pampers pants yang Terbaik
Dah menjadi pilihan pertama saya dari sejak berbelas tahun lepas. Dari anak pertama sehingga sekarang anak ketiga. Sungguh selesai dan tiada mengalami kebocoran serta ruam lampin walaupun memakainya dalam masa yang agak panjang. 1 keping cukup untuk semalaman.
Cetaphil Baby Daily Lotion
Lotion yang Sangat sesuai untuk kulit sensitif
Lotion yang Sangat menakjubkan dan Sangat sesuai untuk bayi yang mengalami kulit sensitif,ruam panas yang teruk dan Sangat untuk mengatasi ruam lampin. Tak perlu lagi untuk pakai nappy rash krim. Saya hanya sapukan KESELURUHAN badan bayi saya dengan cetaphil lotion. Tiada lagi masalah ruam panas teruk dan ruam lampin. Kulitnya menjadi Sangat lembut dan cantik.
Avent Natural Teat 2.0 Variable Flow Extra Soft
Sangat sesuai untuk mengatasi kekeliruan puting susu ibu
Bagi sesiapa ingin Menyusu bayi dan dalam masa yang sama ingin memberi susu formula. Puting susu avent ni Sangat bagus. Pada mulanya anak saya tidak mahu breastfeeding Kerana mengalami kekeliruan puting susu formula. Setelah jumpa pakar mengesyorkan puting susu avent. Alhamdulillah Bayi saya sehingga sekarang masih breastfeeding dan dalam masa yang sama minum susu formula tanpa keliru. Ini Kerana struktur puting avent lembut hampir menyamai puting susu ibu.