Marigold Peel Fresh Orange
Kesegaran sebenar
Marigold peel fresh orange ini sangat sedap berbanding produk lain.sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan diet yang sihat dan juga baik untuk sarapan.air yang diperbuat dariapda buah yang sebenar juga meyakin kan saya dengan khasiat produk ini.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Kesegaran Life buoy total 10
Saya baru sahaja menggunakan produk ini beberapa bulan yang lalu dan produk ini sangat mengejutkan saya kerana badan bukan sahaja lebih segar,malah bau badan lebih wangi dan saya berasa seperti menggunakan minyak wangi.Saya berasa amat berpuas hati dan berasa sangat berbaloi menggunakan produk ini .Sudah la segar dan wangi,malah mengandungi bahan-bahan yang selamat serta berfungsi menghapuskan kuman dan melindungi badan daripada kuman.
Silkygirl Perfect Sharp Eyeliner 01 Blackest Black
Mudah digunakan
Sebelum ini saya sentiasa tercari-cari produk celak yang senang dipakai dan elok terletak di mata.Akhirnya setelah sekian lama mencari,akhirnya eyeliner Silkygirl perfect sharp eyeliner ini telah mengakhiri pencarian saya.Celak yang berbentuk dakwat pen ini sangat senang untuk digayakan apa jua bentuk celak di mata.Selain itu eyeliner ini juga tidak cair dan selesa pada mata.
SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream
Krim yang terbukti secara klinikal
Produk ini sangat selamat digunakan dan sesuai untuk kulit normal seperti saya.Saya memiliki parut pada wajah saya dan krim ini berjaya memudarkan parut secara beransur.Krim ini mengandungi vitamin E yang berjaya melembapkan kulit saya sepanjang hari.Malah saya hanya menggunakan krim ini sekiranya mengadakan aktiviti luar.Krim ini terbukti keberkesanannya secara klinikal dan saya tidak meraguinya.
Safi Olive Oil
Kebaikan minyak zaitun
Saya telah menggunakan minyak zaitun safi ini darpada awal tahun lagi dan ternyata produk ini sangat serasi pada saya.Malah adik saya juga dapat merasa keserasiannya.Produk ini sangat sesuai untuk menanggalkan solekan,mencantikkan dan menyihatkan rambut.Hal ini sangat memudahkan saya kerana saya tidak perlu lagi untuk membeli produk rambut yang lain kerana produk boleh memberi manfaat kepada tubuh badan saya secara keseluruhan.Bukan itu sahaja,kandungan minyak ini yang menggunakan minyak zaitun memberi manfaat kepada ahli keluarga saya yang masih kecil dan juga untuk bibir.Menggunakan formulasi yang mengandungi vitamin A,C,E sangat meyakinkan saya untuk terus menggunakan produk ini.
Quaker Oatmeal Instant
Khasiat lebih dengan quaker instant oatmeal
Sangat bagus untuk memulakan sarapan.sangat senang untuk disediakan malah memberi protein yang cukup sepanjang hari. sangat sesuai untuk ahli keluarga yang berusia.malah kanak-kanak juga suka dengan oat meal kerana sangat sedap dan menyelerakan.produk ini sangat berbaloi dan sesuai juga untuk seseorang yang mahu memulakan diet yang betul.