Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser With Vitamin E
Nothing Changes
Saya telah menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser selama lebih kurang sebulan dan tidak ada apa apa kesan yang berlaku pada wajah saya. Malah kulit wajah saya semakin banyak tumbuh jerawat dan saya segera berhenti menggunakan cleanser ini. Kurang buih ketika mencuci muka, ia lebih kepada milky/creamy type. Mungkin kulit muka saya tidak sesuai dengan cleanser ini. Walaubagaimanapun, harga cleaser ini sangat berpatutan dan mudah dicari di drugstores Malaysia.
Maggi Seasonings
LETAK CUKUP RASA TERUS JADI SEDAP
Saya bukanlah seorang tukang masak yg hebat atau dah berpengalaman memasak. Jadi setiap masakan saya pasti ada yg kurang rasa. Kadang-kadang kurang masin, kurang bawang, kurang umph.. Setelah saya meletakkan sedikit Maggi Cukup Rasa dalam masakan saya, semuanya jadi sedap!! Macam tukang masak professional.. hehehe. Saya suka letak dalam masakan seperti sup, tumisan dan masakan sambal. Cukup Rasa memang menambah rasa keenakan masakan saya. ?
SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream
PARUT JERAWAT DAH PUDAR
This is the best vitamin E cream yang pernah saya cuba. Selain dapat melembapkan muka, cream ni juga dapat memudarkan kesan parut jerawat! Kesan dapat dilihat dalam masa 2 minggu macam tu je ? Suka sangat cream ni sekarang pun masih pakai lagi tau
Palmer’s Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover
2in1 Memudahkan Kerja!
Saya telah menggunakan cleanser ini sebanyak 2 botol. Teksturnya yg creamy menyebabkan kulit saya terasa lembab selepas dicuci. Selain itu, kulit juga tampak lebih cerah. Make up pun mudah ditanggalkan! Tak perlu bazirkan wang beli make up remover lagi ? m Namun begitu, harganya adalah agak mahal berbanding dengan cleanser jenama lain.. Bau cleanser ini wangi & ada bau peanut butter chocolate ??