Too Faced Born This Way Foundation
Sangat memuaskan
Saya baru sahaja menggunakan foundation too faced. Ianya adalah full coverage dan memberikan kepuasan kepada saya. Ianya juga sangat sesuai untuk pemakai yang mempunyai kulit yang kering kerana ianya sedikit berminyak.
SUNSILK Leave On Smoothing Cream 40 ml
Sunsilk pilihan kami
Saya telah menggunakan sunsilk leave on cream sejak sekolah menengah lagi. Hasilnya sangat memuaskan. Rambut saya menjadi lembut dan yang paling penting berbau wangi walaupun selepas seharian memakai tudung. Selepas itu, ibu saya mula menyukai produk ini dah mula memakainya sehingga sekarang. Ianya sangat membantu kami dalam menjaga keadaan rambut kami.
Selsun Blue Moisturizing Dandruff Treatment
Selsun blue power
Setelah begitu banyak mencuba pelbagai shampoo anti-dandruff, akhirnya saya diperkenalkan dengan selsun blue. Ianya telah mengubah hidup saya dan memberikan keselesaan kepada kulit kepala saya. Setelah menggunakannya, kulit kepala saya kurang berminyak dan tidak lagi berasa gatal gatal yang tidak menyelesakan. Selsun blue adalah product rambut yang terbaik untuk mengurangkan dandruff di kepala.