IN2IT Moisture Intense Lipstick MI05 Flamingo
Lipstick IN2IT
Ini adalah pengalaman pertama kali membeli dan menggunakan produk in2it. Lipstick ini tidak begitu bagus apabila dioleskan pada bibir. Lipstick nya sama sekali tidak melekat dengan cantik. Kemudian akan membuatkan bibir kelihatan crack. Tetapi untul tidak membazir, lipstick ini boleh dijadikan cream blusher kerana teksture nya yang dalam jenis krim. Dan sangat mudak di blend di pipi. Warna juga agak bagis bergantung pada warna kulit masing-masing.
Maybelline Volum’ Express Hypercurl Waterproof Mascara
Maybelline mascara
Mascara yang mampu milik. Boleh didapari di mana-mana drugstore yang terdekat seperti watson, sasa dan lain-lain lagi. Mascara ini sangat long lasting dan ianya juga jenis mascara yang kalis air. Untuk menanggalkannya perlulah menggunakan make up remover. Mascara yang sangat bagus dalam melentikkan bulu mata. Tetapi untuk bahagian kemasannya tidak begitu baik kerana ianya kadang kala membuatkan bulu mata bercantuman.
Nestle MILO ACTIV-GO
MILO
Minuman terbaik daripada dahulu hingga kini. Membesar dengan milo. Rasa yang sangat lazat. Kegunaan nya adalah pelbagai. Boleh dijadikan air minuman, boleh diletakkan di atas roti, boleh dijadikan agar-agar, dan boleh juga dimakan serbuknya begitu sahaja.