Safi Shayla Smooth & Manageable
Haruman kekal lama
Saya suka menggunakan syampu rambut ini kerana baunya yang harum serta kekal lama berbanding produk syampu yang lain yang pernah saya gunakan sebelum ini. Rambut saya juga terasa lembut dan senang diuruskan. Sangat sesuai untuk yang bertudung.
NIVEA Extra White Firming Body Lotion
Losyen perlindungan terbaik
Saya telah menggunakan produk Nivea Nutri White Firming Body Lotion lebih dari satu tahun. Saya juga merupakan pengguna setia produk ini dimana bagi saya produk ini benar-benar berkesan untuk melembutkan, mencerahkan serta menegangkan kulit saya.
Vaseline® Petroleum Jelly
Pelbagai fungsi
Produk Vaseline Petroleum Jelly ini mempunyai pelbagai fungsi kegunaannya. Selain dijadikan terapi bibir, ianya juga boleh digunakan untuk melembapkan kulit yang kering. Tidak kisah la kulit kering itu di muka, badan, tangan ataupun bahagian kaki. Ianya sesuai digunakan diseluruh anggota badan dan ianya tidak memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Produk ini adalah terbaik sekali untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Mempunyai size poket yang boleh dibawa kemana sahaja.