Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Pureen Baby Wipes - wajib ada!!
pureen baby wipes ni wajib ada di rumah dalam kereta dan beg tangan saya kerana fungsinya yang pelbagai. walaupun ke kedai makan,saya akan pastikan pureen baby wipes ada kerana dengan anak2 yang kecil,pastinya ia memudahkan saya membersihkan sisa kotoran pada mereka.saya juga guna untuk menanggalkan makeup di muka.ia memastikan saya dan anak2 rasa bersih selepas penggunaannya berbanding tisu biasa.
LIPICE Sheer Color 2
melembabkan bibir sepanjang hari
saya mempunyai masalah bibir kering merekah,kadangkala hingga berdarah.setelah menggunakan Lipice sheer color ni, tiada lagi masalah bibir kering.anak saya berusia 6 tahun juga mengalami masalah yang sama,setelah dioleskan dengan lipice ni, masalah bibir keringnye telah tiada. juga paling saya suka,perubahan warna bibir setelah mengenakannya dibibir.tak perlu memakai lipstik,bibir dah cantik menawan
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
terbaik dalam merawat kulit berjerawat
saya mengalami masalah jerawat, jumpa review tentang produk ni di internet.setelah menggunakan hampir setengah tahun,saya sedar jerawat semakin berkurangan.Isi kandungan seperti losyen,hampir xberbuih membuatkan saya ingin membasuh muka setiap masa.
VANISH PowerO2 Fabric Stain Remover
Teman pencuci pakaian saya
kerja mencuci pakaian anak2 bertambah mudah dengan vanish.anak2 yg sedang membesar suka meneroka benda baru dan pakaiannya mudah kotor.dengan vanish,saya tak perlu menyental dengan kuat.hanya rendam seketika pakaian yg kotor bersama sabun pencuci pakaian, gosok lebih kurang di tempat yang terkena kotoran, hasilnya...kototen hilang tanpa memudarkan warna pakaian