Nestle Cerelac® Infant Cereal Brown Rice & Milk
Mudah dan berkhasiat
Anak saya sangat menyukai makanan ini kerana teksturnya yang lembut dan halus dan rasanya yang sedap! Ianya sangat mudah untuk disediakan terutamanya ketika berada di luar rumah untuk jangka masa yang panjang dan untuk perjalanan yang jauh. Kandungan bahan di dalam produk ini sangat berkhasiat dan membantu penghadaman anak saya. Saya sangat menyarankan kepada saudara mara dan sahabat untuk mencuba produk ini.
Heinz Banana Biscotti
Sedap dan mudah
Ketika anak saya berumur 6 bulan, saya sangat teruja untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepadanya. Salah satu produk pilihan ialah biskut pisang ini. Saya hanya perlu bancuh dengan sedikit air untuk menjadikannya lembut dan mudah dimakan. Anak pun sangat menyukainya disebabkan rasa yang manis dan penghadaman pun berjalan dengan lancar. Sangat disyorkan kepada anak yang memilih makanan dan untuk ibu bapa yang kurang mempunyai banyak masa untuk menyediakan 'real food' untuk anak mereka.
Drypers Classic
Drypers pilihan saya
Anak saya menggunakan Drypers Classic saiz M dan produk ini sangat serasi dengannya. Tiada kebocoran yg kerap berlaku dan anak saya boleh menggunakan pampers yang sama untuk sepanjang malam tanpa masalah. Disamping harganya yang berpatutan dan mudah dicari, Drypers Classic menjadi pilihan utama saya untuk tempoh masa yang lama. Dapat mengumpul point dan redeem produk bawah jenama Drypers juga merupakan salah satu sebab mengapa saya memilih produk ini.