Coway Core CHP-671L
Penjimatan masa dan tenaga
Saya guna penapis air ni bermula awal tahun 2016. Start pasang ni sebab terpengaruh sekolah tempat mengajar pasang dulu. Bila tengok kat sekolah dah senang tak payah masak air dah, terus teringat mak kat rumah. X payah susah-susah untuk masak air dah. Kelebihan pasang penapis air ni
-jimat masa
- boleh minum air 3 suhu terus
- air bersih
Service dan maklum balas dari pihak coway juga amat memberangsangkan. Sangat mesra pelanggan. Cuma produk ini agak mahal untuk dibandingkan dengan produk jenama lain
PetPet Disposable Baby Diaper
Lampin pakai buang mampu milik
Saya merupakan ibu kepada anak 5. Sebelum ini saya pernah mencuba berbagai jenis lampin pakai buang untuk anak-anak saya. Dari jenama yang mahal hingga yang paling murah. Setelah mencuba berbagai jenama, bagi golongan pertengahan macam saya, lampin pakai buang petpet ini boleh di kategorikan dalam kategori mampu milik. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Kualitinya sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Kulit anak- anak tak mengalami ruam dan tidak mudah bocor. Setakat ini, saya berpuas hati dengan kualiti lampin pakai buang petpet