Ayam Brand Coconut Milk
Sedap & patut cuba
Setiap kali beli barang dapur, pasti beli santan kotak ni. Santan pilihan utama setiap kali nak masak masakan lemak. Apa yang istimewa pasal santan ni ialah kita boleh sukat tahap mana yang kita nak & tahan lama di dalam peti sejuk selama seminggu selepas dibuka. Paling penting masakan berasas santan ni lambat basi dan senang untuk digunakan.
Shokubutsu Clean Fresh Green Tea Harmony Shower Foam
Wangi & segar
Pertama kali beli, terus jatuh cinta dengan produk ni. Bau sangat wangi & rasa segar bila lepas mandi. Tak pernah tukar produk sabun lain & setia dengannya. Harga berpatutan dengan saiz, halal untuk digunakan dan paling penting boleh jimat. Ia kerana pakai sedikit sahaja, satu badan boleh wangi, boleh beli refill sahaja sekiranya tidak mahu beli yang jenis botol, paling penting baunya yang wangi dan menyegarkan badan.
Enchanteur Eau De Toilette Passionate 50ml
Wangi & tahan lebih lama
Perfume ni sangatlah wangi dan sesuai untuk mereka sukakan bau yang tahan lama. First time beli memang terkejut sebab bau lain dari bau wangian enchanteur yang lain. Rasa selesa bila pakai & harga berpatutan. Rugi sesiapa yang tidak mencubanya lagi.