Samsung Galaxy Note5
Favourite brand for a long time
Jenama samsung sudah menjadi tradisi kami sekeluarga menggunakannya dalam jangka yang lama. Ibu bapa saya turut menjadi pengguna setia jenama samsung. Buat masa kini,Samsung Galaxy Note5 menjadi telefon pintar kesukaan saya kerana fungsi nya yang pelbagai serta ketahanan yang baik. Samsung Galaxy Note5 mempunyai 'Internal Storage' yang besar membuatkan saya dapat memuat turun pelbagai aplikasi serta software. Di samping itu, kualiti kamera ia sangat tinggi membuat saya dapat mencipta gambar dengan cantik. Selain itu, pen elektronik ia sangat berguna dalam melakukan kerja yang memerlukan lukisan.
Ideal® Evaporated Full Cream Milk
Homemade cuisine with Ideal® Evaporated Full Cream Milk
Ideal® Evaporated Full Cream Milk merupakan produk kegemaran keluarga saya. Texturenya yang 'creamy' serta segar membuat kami menggunakannya dalam setiap masakan serta minuman. Antara masakan yang menggunakan Ideal® Evaporated Full Cream Milk yang menjadi kegemaran saya sekeluarga ialah segala jenis kari seperti kari ayam , kari ikan dan pelbagai lagi. Kami menggantikan Ideal® Evaporated Full Cream Milk sebagai santan dalam setiap masakan. Tidak lupa juga Ideal® Evaporated Full Cream Milk juga digunakan dalam masakan lemak berkuah seperti ayam masak lemak cili padi. Di samping itu, kami turut menggunakan Ideal® Evaporated Full Cream Milk dalam minuman seperti air sirap bandung, teh ais serta cocktail. Ianya menjadi kegemaran kami kerana rasanya yang enak serta harga yang diletakkan juga berpatutan.
JOHNSON’S® Baby Powder
Selesa dan wangi
JOHNSON’S® Baby Powder merupakan produk bedak talkum kesukaan saya. Saya telah menggunakan sejak saya kecil lagi. Ianya amat selesa kerana ia sangat lebut di badan serta mempunyai haruman yang wangi. Saya sangat suka produk ini kerana ia terdapat dalam pelbagai saiz dimana saya dapat membawa kemana saja saya pergi. Selain itu, saya sangat suka produk ini kerana terdapat pelbagai jenis haruman mengikut warna packaging. Haruman yang menjadi kesukaan saya adalah milk+rice.