Drypers Baby Wipes
Wangi, bersih, selamat dan harga berpatutan
Sangat sesuai bagi ibu bapa yang sering bergerak untuk membersihkan bukan sahaja anak selepas membuang air besar malahan sesuai untuk membersihkan kotoran selepas makan anak, selepas bermain dan juga untuk kotoran pada dori sendiri.
Drypers Classic
Jenama yang berkualiti dan berbaloi dengan harga
Telah menggunakan jenama ini ke atas dua orang anak saya dari seawal baharu lahir sehingga anak yang pertama tahu menggunakan tandas di usia 4 tahun. Sangat dipercayai, tidak mudah bocor dan harga sangat berpatutan dengan kuantiti isi di dalamnya.
Panasonic TH40E400K Full HD LED TV
Jenama yang dipercayai
Jenama peralatan elektronik yang dipercayai semenjak dahulu. Tidak mudah rosak, tahan lama, memberikan kualiti gambar yang baik, penggunaan alatan yang ringkas dan mudah difahami serta mudah digunakan, anak saya yang berumur 5 tahun pun tahu untuk membuka, menutup dan menukar siaran. Sangat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, mutu suara yang memuaskan. Harga yang berpatutan dengan kualiti.