Dutch Lady Purefarm UHT Milk
Susu kotak pilihan sekeluarga
Setiap bulan apabila membeli stok barangan dapur mesti susu Dutch Lady jadi pilihan kami sebagai stok di dalam peti sejuk. Semua perisa sedap. Anak suka dengan susu coklat. Susu penuh krim, strawberi pun sedap sangat. Penuh rasa lemak.
Gardenia Original Classic
Roti pilihan sejak kecil
Gardenia memang roti yang menjadi pilihan sejak dari kecil kerana tekstur rotinya yang lembut & berlemak berbanding jenama lain. Dah cuba pelbagai jenama roti lain tapi tetap akan kembali mencari Gardenia. Roti yang sedap dimakan begitu saja tanpa sebarang jem dan ianya juga tahan lama.
Danisa Traditional Butter Cookies
Biskut yang sedap
Biskut ni sedap & ranggup. Tak terlalu manis dan ada rasa lemak-lemak, masin, manis. Tapi agak mahal dan tak mampu nak beli selalu.