Fenix HP01 CREE XP-G (R5) LED Headlamp
Takut gelap?!
Saya seorang yang suka hiking dan juga aktiviti lasak. Masalah takut gelap sudah tiada lagi ! Dengan adanya lampu ini mudah untuk saya pergi hiking dengan sahabat saya walaupun masih diawal waktu subuh. Selepas hiking, ada gua yang perlu dilalui, sememangnya mudah untuk kami lalui. Keterangan lampu ini amat berpuas hati, malah baterinya juga tahan lama. Anda patut cuba membelinya kerana harganya juga berpatutan !
DiveCustoms Dry Bag 10L Waterproof for Scuba Diving Snorkeling Underwater
Awesome bag !
Bag ni sangat awesome ! Saya sudah beli dengan harga yg berpatutan untuk pergi bercuti di langkawi haritu. Sangat berpuas hati, memang bag ini yang saya perlukan untuk berenang dan bermain di pantai pulau langkawi. Bag ni sememangnya kalis alr, barang-barang penting saya seperti beg duit, jam, telefon selamat ketika saya berenang di laut. Rating untuk bag ni saya beri 4/5 !
BUGZ SPORT Portable & Water resistant Sleeping Bag
Untuk orang yang kaki hiking macam saya !
Saya seorang yang gemar pergi hiking, pergi camping dan aktiviti lasak. Selepas hiking, semestinya kita nak rehat dipuncak setelah kita tawan ia. Sleeping bag ni wajib bawak ! Setelah penat hiking, sememangnya saya akan rehat sekejap di puncak sementara tunggu rakan-rakan saya yang lain naik ke atas. Saya juga gemar pergi camping di Cameron Highland, tempat paling dekat dengan tempat tinggal saya. Sekurang2nya, sebulan sekali mesti saya akan rancang untuk pergi camping denga kelurga saya. Dengan keadaan yang sejuk dan dingin ketika camping di cameron highland, sleeping bag inilah yang menjadi pilihan saya dan keluarga saya ! Saya amat syorkan anda untuk memiliknya satu mahupun lebih kerana harganya amatlah berpatutan !