Dunhill Desire Red For Men EDT 100ML
Bau yang mantap
Perfume dunhill ini merupakan satu perfume yang amat maskulin.perfume ini telah menjadi pilihan saya sejak 2 tahun yang lalu.bagi saya perfume ini sangat sesuai untuk semua aktiviti sama ada indoor atau outdoor.bau perfume ini tahan lama dan ramai yang bertanya perfume apa yang saya pakai.mereka sangat tertarik dengan bau perfume ini.harga perfume ini juga boleh dianggap antara yang murah jika dibandingkan dengan kualiti perfume ini.
Apple iPhone 7
Telefon Pintar Berkualiti
Saya telah menggunakan iphone 7 selama hampir 2 tahun.setakat ini saya amat berpuas hati dengan prestasi dan kualiti iphone7.pemproses iphone 7 sangat lancar dan pantas.ia membenarkan anda untuk membuka beberapa aplikasi dalam satu masa dan tidak menjejaskan kelajuan iphone anda.kamera hadapan dan belakang iphone 7 ini juga sangat berkualiti.jangka hayat bateri bagi iphone 7 ini adalah lebih kurang 8 jam ke 10 jam.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sabun yang menyegarkan
Sabun ini mempunyai haruman yang menyegarkan.saya hanya menggunakan hanya sedikit sabun ini semasa mandi dan harumannya dapat bertahan sehingga 3 ke 4 jam.sabun ini juga mudah untuk dibawa ke mana mana kerana bentuk botolnya yang sangat sesuai untuk dijadikan travel pack.sabun ini akan menjadi pilihan saya dulu kini dan selamanya