Samsung Galaxy J2 Prime
SAMSUNG J2PRIME DGN HARGA ISTIMEWA
Samsung J2 prime, ia merupakan smartphone dari samsung dan dipasarkan dengan harga mampu milik, ia nya di jual dengan harga RM499 dan di datangkan dengan 2 variasi warna iaitu pink dan gold. Dengan rekaannya yang nipis dan warnanya yang cerah dan terang ia amat sesuai untuk golongan remaja khususnya seperti pelajar di pengajian tinggi. Baterinya yang tahan lama, dan tempoh cas nya kurang sari dua jam,dan dengan kelebihan untuk menggunakan 2sim kad serentak, dan dengan menyokong talian internet 4G, ia adalah sangat memuaskan dan memang bersesuaian dengan harganya.
Xiaomi Mi Bluetooth Speaker
Keanggunan rekaan xiaomi mi speaker (B)
Speaker Xiaomi Mi Bluetooth adalah produk baru dari xiaomi, mempunyai reka bentuk yang padat dan dibina dengan badan aluminium. Ia direka seperti sebuah 'powerbank' dan akan dengan reka bentuk kecil, padat dan datang dalam pelbagai warna,ia berwarna-warni. Kualiti bahan yang digunakan dalam pembuatannya adalah berkualiti dan tahan lasak, ia sesuai untuk kegunaan di dalam rumah dan juga sesuai di bawa bersama untuk kegunaan di luar rumah.
Pineng PN-960 6000mAh Power Bank
The best among the best
Dari segi rekaan, body model ini lebih kecil, nipis dan ringan. Kerangka luar nya masih kekalkan premium plastik yang elegent dengan warna yang menarik. Model ini menggunakan bateri dari jenis li-polymer yang sememang nya lebih nipis, tahan suhu tinggi dan lebih ringan berbanding bateri Li-Ion. Powerbank ini akan lebih cepat full 100% recharge (5-6 jam sahaja) jika menggunakan charger 2A. Boleh recharge phone lebih 2 kali. Dengan 2x usb port, anda boleh mengecas dua phone serentak dalam satu masa.