Coca-Cola Carbonated Drink
minuman bergas
saya selalu tertanya tanya mengapa minuman seperti ini masih ada sedangkan kita sedia tahu tiada kebaikan yang diperolehi. ini kerana kandungan gas yang tinggi serta sangat manis boleh menjejaskan kesihatan sesiapa saja yang meminumnya. bagi pihak produk pengeluar minuman bergas ini perlu mengambil berat kepentingan produk yang ingin dihasilkan. kesihatan tubuh bukanlah barang taruhan perniagaan. jika barangan yang dihasilkan memudaratkan perlu ada pembaharuan. sebagai seorang individu biasa saya sangat gembira jika produk yang dihasilkan mempunyai pembaharuan bagi mereka yang menggemari minuman ini dan dapat menjaga kesihatan diri mereka. akhir kata semoga dapat sumber inspirasi baru.
Nestle MILO ACTIV-GO
minuman kegemaran kanak kanak
salam sejahtera. bagi semua rakyat yang menggemari pembancuh minuman milo ini diharap supaya kerapkan meminum air mineral agar dapat menutralkan pengedaran darah dalam badan. ini kerana kanak kanak yang mengemari minuman manis menjadi aktif apabila memperoleh minuman tambahan seperti milo. tetapi bagi kanak kanak yang kerap dan menjadikan minuman milo ini sebagai minuman yang sentiasa diminum boleh memudaratkan kesihatan dan pencernaan tubuhnya. bagi pendapat saya pengawalan ibu bapa harus ada bagi kanak kanak yang amat menggemari minuman milo ini. dan bagi pihak pengeluar minuman milo harus menjelaskan kepada kanak kanak betapa pentingnya penjagaan pemakanan dan minuman ini adalah minuman tambahan. saya percaya minuman milo tiada tandingan kerana saya sendiri telah mencuba beberapa prodak yang lain. akhir kata syabas milo. ?
Nestle Koko Crunch
makanan kegemaran zaman kanak kanak
sungguh tidak disangka. makanan ringan tambahan ini sudah menjadi makanan turun temurun kerana kini anak saya juga sukakan nya. dulu bukan mudah untuk merasakan makanan ini oleh kerana hidup tidak begitu senang dan harga barangan ini bukan murah. kini hargnya amat berpatutan dan tidak dapat ditandingi rasanya berbanding produk produk lain yang merupainya. harap dapat mempelbagaikan lagi ciri cirinya seperti bentuk, warna atau saiz. ?