Buds Everyday Organics Everyday Baby Cream
bau yang lembut
saya pernah menggunakan produk ini sewaktu bayi saya berumur dalam lingkungan 20-30 hari.
tetapi saya perasan ada seperti ruam di bahagian badannya.
jadi saya putuskan tidak menggunakannya sehinggalah waktu yang sesuai untuk digunakan.
mungkin bayi saya masih kecil dan badan tidak dapat menyesuaikan diri dgn apa apa produk lagi.
satu yang saya suka,ia berbau lembut.
tetapi ia sedikit mahal.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
wangi dan selesa
bayi saya menggunakan sabun ini semenjak selepas 7 hari lahir sehingga sekarang.
sabun yang tidak punyai buih yang banyak ,dapat mempercepatkan mandian bayi dalam masa yang singkat.
saya suka baunya yang wangi
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
wangi dan halal
saya suka satunya sebab halal.
kedua sebab bau nya yang wangi dapat menarik minat untuk mengunakannya walaupun hanya membersihkan tangan.
ketiga adalah kerana ia mengeluarkan buih yang banyak,maka mandian dengan buih yang banyak dapat menyakinkan saya untuk menghilangkan segala kotoran dibadan.