D’Herbs Bedak Aura Pesona Bintang
Dherbs Pesona Bintang untuk Wanita Asia
Bedak ini didatangkan dalam dua warna: Natural & Mocha. Bedak Natural lebih sesuai untuk wanita berkulit sawo matang. Sapuannya rata, tidak bersememeh namun tidak sesuai bagi mereka yang mengharapkan sapuan untuk kulit kelihatan lebih cerah.
Silkygirl Matte Junkie Lip Gloss 01 Retro
Lip Matte Junkie Si Cantik Manis
Sapuan yang rata. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Sesuai untuk wanita yang inginkan sapuan matte yang "tidak over". Selain itu, Silky Girl menyediakan banyak pilihan warna menarik untuk lipstik Matte Junkie ini.
Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation
Liquid Foundation Silky Girl yang Saya Amat Gemari!
Saya telah menggunakan Liquid Foundation Silky Girl lebih daripada 5 tahun. Ia sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan berjerawat kerana ia adalah produk non-comedogenic ( tidak membuatkan lubang pori-pori tersumbat). Selain itu, foundation ini sangat ( neutral ), dan tidak memberi rasa rengsa pada kulit si pemakai. Natural Finish!
Dove Straight And Silky Shampoo
Dove Shampoo yang Terbaik!
Saya telah menggunakan Dove Straight And Silky Shampoo selama setahun. Sepanjang menggunakannya, saya amat berpuas hati kerana ia berfungsi seperti yang dijanjikan! Rambut jadi lebih lurus dan bermaya!~Saya amat menggalakkan penggunaan syampoo ini kepada mereka yang berambut kering, kerana shampoo ini mempunyai tambahan Pro Moisture Complex yang tidak mengeringkan rambut setelah dishampoo.
DOVE Shower Beauty Moisture
Kulit Lembut Harum Bermaya dengan Dove Beauty Nourishing.
Saya telah menggunakan "shower foam" Dove Beauty Nourishing selama 2 tahun. Sepanjang menggunakannya, kulit saya menjadi kian lembut kerana Dove Beauty Nourishing berfungsi melembapkan kulit. Kulit kering tiada lagi~. Di samping itu, Dove Beauty Nourishing berbau harum, sesuai untuk semua golongan.
D’HERBS Collagen Lipsticks
Dherbs Collagen Lipstik Sesuai untuk Semua Golongan
Lipstik ini mempunyai sapuan yang kemas, warnanya akan mengikut warna bibir. Selain itu, collagen lipstik ini amat sesuai disapu sebelum mengenakan lipstik lain kerana ia berfungsi sebagai lipstik asas yang akan menaik dan menyerikan lagi warna lipstik yang disapu.