Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Wangi dan selesa
Shokubutsu mempunyai bau yang wangi dan menyegarkan. Hilang segala penat setelah seharian bekerja apabila menggunakan mandian ini. Buatnya yang lembut membelai kulit dan membuatkan kulit terasa lebih lembut dan mulus.
Dettol Original Shower Foam
Bau ubat
Mempunyai bau seperti ubat atau hospital. Perlu dicuci atau bilas dengan air yang banyak kerana sabun nya terasa melekit dan kurang selesa. Walaupun ia sabun anti bakteria tetapi bila memakainya terasa seperti badan tidak bersih.
Flavettes Effervescent Vitamin C 1000mg
Berkesan elak selsemaaa
Kami seisi keluarga mengamalkan makan vitamin c ini. Sangat berkesan untuk elak atau menyembuh selsema. Tak perlu makan ubat klinik lg. Juga berfungsi sebagai pembekal tenaga jika badan terasa lesu dan kurang selesa. Rasa nya juga sedap tidak terlalu manis seperti sesetengah vit c di pasaran