Nestle Milo Nuggets Chocolate
Milo cube
Pernah rasa milo cube ini sebanyak 3 kali. Rasanya tidaklah sesedap mana seperti yang ramai review diruangan ini. Harga yg dijual bersesuaian dengan ekonomi sekarang. Selamat mencuba kepada yang baru hendak mencuba. Dapatkan di pasaraya terdekat dengan anda.
Canon Pixma E480 Wireless All-In-One Printer
Printer
Printer yang mudah untuk digunakan oleh semua golongan umur. Untuk windows xp memerlukan driver untuk mengaktifkan printer. Manakala untuk windows 7 keatas, hanya cucuk plug usb untuk mengaktifkannya. Gunakan kertas A4 80g untuk hasil printer yang berkualiti dan cantik. Harga mampu milik untuk pelajar sekolah dan universiti. Jangan terlalu lama tidak menggunakannya kerana takut dakwatnya akan kering dan printer kemungkinan boleh rosak.
Munchy’s Oat Krunch
Recommended
Biskut ini sesuai dengan semua golongan umur di Malaysia mahu pun di seluruh dunia. Biskut ini wajib ada ketika saya berada di asrama pada suatu ketika dahulu. Rasa yang sangat sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk minum di waktu petang atau pun di waktu malam sambil ditemani minuman panas kegemaran anda.