Khind Electric Jug Kettle EK5813 1.7L
Produk yang sangat bagus
Produk jenama khind ini sangat bagus dan tahan lasak. Selain itu, produk ini mempunyai penapis di corong yang boleh menapis sekiranya ada sebarang habuk yang tanpa disedari masuk ke dalam cerek. Sangat dicadangkan untuk digunakan kerana saya yakin dengan produk ini dan selama saya menggunakannya memang tiada masalah.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Kualiti yang terbaik
Produk ini menjadi pilihan saya untuk mandian anak saya kerana produk ini sangat wangi dan anak saya sangat suka bila mandi. Selain itu, produk mandian ini melembutkan kulit dan sangat menyenangkan apabila digunakan.
Gardenia Original Classic
Gardenia original classic terbaik
Kualiti produk makanan yang bagus. Tekstur roti yang lembut dan mudah dimakan oleh semua termasuk anak saya yang masih kecil. Sedap dimakan begitu saja atau disapu dengan kaya dan mentega kacang. Sesuai juga dibuat roti bakar dan sandwich yang sedap.
Samsung 40 inch Series 5 Full HD LED TV 40″
Kualiti yang terbaik
Saya telah menggunakan produk ini dan masih menggunakannya dan saya sangat berpuas hati dengan paparan skrin yang jelas. Begitu juga dengan bunyi yang kuat. Satu keluarga saya sangat berpuas hati dengan produk ini. Kualiti gambar yang ditunjukkan juga sangat jelas.
LG 43″ Smart Full HD LED TV
Produk yang sangat bagus
Gambar yang sangat jelas dan sistem bunyi yang sangat baik. Semasa saya mnggunakan tv LG model ini, saya sangat berpuas hati dengan kualitinya dan tv ini juga boleh disambung dengan usb dan boleh menonton cerita, melihat gambar dan mendengar lagu tanpa sebarang masalah. Apabila menggunakan sambungan internet samada melalui wifi atau mobile data masih baik.
Elba ERC-1866T Rice Cooker 1.8L
Produk yang sangat bagus
Setelah saya menggunakan produk ini, ia sangat mudah untuk digunakan dan nasi cepat masak dan juga nasi yang dimasak juga masak dengan baik. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan. Sukatan yang ada di bahagian dalam periuk juga amat jelas dan mudah dilihat.