Apple iPhone 8+
Telefon terbaik untuk penggemar foto
Mula-mula agak skeptikal dengan telefon ini sebab harga yang dirasakan agak mahal. Tapi setelah memakainya, kualiti kamera sangat memuaskan. Tak pernah lagi saya menggunakan telefon yang mampu mengambil gambar secantik ini. Kualiti kamera belakang dan hadapan sangat cantik. Kesan bokeh yang dihasilkan juga sangat kemas. Salain itu, warna pada gambar begitu natural dan menarik. Terbaik.
Lenovo Tab 3 Essential
Tablet terbaik untuk anak!
Saya dah lama hadiakan anak tablet ini. Sebelum ini pernah bagi anak tablet yang murah, tapi tablet rosak dalam jangkamasa yang agak singkat. Tapi tablet lenovo ini sagat tahan lasak, walaupun dah hampir 3 tahun digunakan, tablet masih berfungsi dengan cemerlang. Sangat berpuas hati dan sesuai digunakam sebagai tablet kanak-kanak.
Xiaomi Power Bank 10000mAh (Red)
Power bank berkualiti dengan harga berpatutan
Saya membeli 2 power bank dari xiaomi ini untuk kegunaan sendiri dan isteri. Sangat berpuas hari dengan kualiti selain binaan yang kemas dan cantik. Saya telah menggunakannya hampir 3 tahun dan ia sangat membantu. Saiznya yang kompak, mudah dibawa selain kapasiti yang mencukupi untuk 3 kali pengecasan. Sangat disyorkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan power bank.