Lifebuoy Total 10 Body Wash
Bau wangi tahan lama tetapi...
Saya sukakan haruman lifebuoy total 10 body wash ini ketika mandi dan selepas mandi haruman masih kekal. Buih yang sangat banyak amat memuaskan. Isian di dalam botol yang amat mudah dikendali. Tetapi saya rasa body wash ni tak berapa sesuai dengan kulit saya. Ianya agak 'tajam' pada kulit setelah beberapa kali penggunaan yang kerap berbanding sabun mandi antabax sensitive.
Electrolux MobiLITE Bagless Vacuum Cleaner
Produk yang bagus dan mudah digunakan
Saya telah membeli vacuum jenama ini sebanyak dua kali. Kali pertama adalah di sebuah supermarket di selangor dan kali kedua adalah pembelian online. Kedua-dua vacuum masih elok berfungsi walaupun sudah lebih setahun dari tarikh pertama kali penggunaannya. Saya sangat hati dengan penggunaan vacuum ini. Ianya mudah dikendali, dibersihkan dan juga disimpan setelah digunakan.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Pencuci pinggan mangkuk pilihan keluarga
Keluarga saya dah gunakan pencuci sunlight ni sejak bertahun lamanya. Ianya sangat bagus dan berkesan. Kotoran dan minyak mudah dihapuskan. Ahli keluarga saya ada yang sakit kulit / kulit sensitive. Sunlight ternyata tak buat kulit kami sekeluarga semakin teruk. The bottle is easy to handle. Compared to other pencuci sunlight telah terbukti berkesan untuk urusan mencuci pinggan mangkuk tanpa merosakkan kulit walaupun cecair pencucinya pekat.