Johnson’s® Baby Oil
Minyak serbaguna seisi keluarga
Minyak baby oil Johnsons ini amat bagus dan berguna kepada keluarga saya. Daripada bayi saya hingga satu keluarga menggunakannya.
Ia boleh digunakan untuk menjadi minyak rambut, mencuci mekap, losyen untuk anak-anak, bahan untuk mencuci daki dan lain-lain lagi. Ia juga boleh digunakan sebagai pengilat kasut jika kiwi kasut dah habis.
Tapi ia terlalu berminyak dan kadang-kadang terasa terlalu tebal dan menjadikan kita tidak selesa jika terkena air terutamanya semasa mengambil wuduk. Lebih elok jika ia lebih mesra terhadap air dan mudah ditanggalkan.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Lampin bayi berkualiti
Lampin Bayi Pakai Buang Drypers memang bagus dan tidak pernah mengecewakan. Jarang anak-anak dapat ruam lampin jika pakai Drypers. Kainnya lembut dan pelekatnya mudah digunakan; tidak perlu risau jika tersalah tampal pelekatnya.
Satu lagi yang unik dan tidak ada pada produk biasa adalah corak berwarna warni yang digemari oleh anak -anak.
Namun harganya sedikit mahal jika hendak dibandingkan dengan lampin bayi pakai buang yang setaraf dengannya. Harap selepas ini harganya akan lebih mampu dimiliki oleh semua orang.
KDK Ceiling Fan K15V0 (150cm/60″)
Memang pilihan tepat
Memang terbaiklah kipas KDK. Saya dah gunakan sejak 5 tahun lepas, tidak pernah ada masalah. Malah ianya tahan lasak dan masih berfungsi dengan baik. Dengan kata lain ianya amat boleh diharap membantu di saat kepanasan.
Angin yang dihasilkan amat efisyen, dan kuat. Bunyi angin juga masih boleh diterima akal walau pun memilih aras kuasa tertinggi.
Satu lagi, harganya juga amat kompetitif berbanding jenama yang seumpamanya seperti Panasonic atau Sharp.
Kipas KDK memang berkualiti.