Vaseline® Petroleum Jelly
Problem Solved!
Produk ini bertindak mengekalkan kelembapan pada kulit dari kekeringan terutama pada bibir, siku, dan tumit. Saya sendiri mengalami masalah bibir kering sehingga mengelupas. Selepas saya menggunakannya, bibir saya tidak lagi kering malah lembab sepanjang hari. Boleh guna produk ini sebelum menggunakan sebarang lipstick. Tiada lagi masalah bibir mengelupas!
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Highly recommended!
Sebelum saya menggunakan produk Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10 ini, kulit saya sangat kering dan kusam. Terutama kering dibahagian tumit dan siku. Saya dah cuba macam-macam produk, tapi tak berhasil. Sehinggalah saya cuba produk Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10 ini, masalah kulit kering yang saya alami dah semakin berkurangan! Hasil yang saya dapati, kulit semakin cerah, lembab, terasa sangat-sangat lembut, dan semakin cerah. Apabila keluar rumah dah tak perlu nak risau lagi, sebab produk ini dapat melindungi kulit dari sinar UVA & UVB. Teksturnya yang lembut dan tak melekit langsung! Terus menyerap! Saya sangat mengesyorkan! Cuba lah sendiri dan lihat hasilnya! ?
April Skin 2.0 Magic Snow Cushion
The best BB cushion!
Produk ni sangat sesuai untuk kulit kering (tidak berminyak) atau kombinasi (sedikit berminyak) dan juga berminyak (oily). Mampu menutupi cela. Mengandungi pelembab bertindak melembabkan kulit. Teksturnya yang lembut dan sangat ringan. Good coverage. Sesuai untuk makeup harian. Cubalah!