Dettol Original Anti Bacterial Bar Soap
Pilihan Keluarga Saya
Dettol Original Bar Soap merupakan sabun pilihan keluarga saya. Sewaktu kecil, saya pernah megalami penyakit gatal-gatal di badan,dan Dettol Original Bar Soap adapah penyelamat saya. Walaupun banyak pilihan bauan lain, Dettol Original tetap menjadi pilihan keluarga saya.
Fruiser Moisturising Hand Wash Apple Refill Pack
Bau epal yang harum
Saya sukakan handwash apple refill pack sebab ia lebih jimat. Saya tidak perlu membeli pek botol yang baru. Memandangkan saya sudah pun memiliki botol handwash ini. Sudah hampir 2 tahun saya menggunakan produk ini. Cecair sabun yang pekat memberi keyakinan semasa mencuci tangan. Tambahan pula bau epal yang cukup harum. Fruiser handwash sentiasa menjadi pilihan saya
Tropicana Twister Fruit Pulp (Orange)
Rasa Oren Sebenar
Tropicana Twister Orange antara jus pilihan kami sekeluarga. Walaupun begitu, saya tidak menggalakkan ibu dan ayah untuk minum minuman ini kerana rasanya yang sangat manis. Kebiasaannya, saya akan campurkan jus ini dengan air masak sebelum menikmatinya.