Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Sabun paling best!!
Saya sudah menggunakan sabun jenama Shokubutsu ini selama hampir 5 tahun. Semenjak kami sekeluarga menggunakan produk ini, kami tidak lagi menggunakan sabun jenama lain. Ekstrak oren adalah paling digemari dengan bau dan texture sabun ini memang terbaik. Yang paling best ialah sabun ini menghasilkan buih yang banyak dan meninggalkan efek segar selepas menggunakannya. Highly recommended!!?
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Ayam Brand profile tin no.1
Sardin keluaran Ayam Brand merupakan makanan tin yang paling berkualiti untuk hidangan sekeluarga. Selaras dengan harga yang berpatutan, sardin dalam tin keluaran Ayam Brand ini mempunyai rasa yang sangat unik dan sedap di mana tiada tandingan dengan jenama lain yang ada di luar sana. Terdapat pelbagai cara hidangan masakan yang boleh digunakan untuk menghidang sardin tin ini seperti dihidangkan bersama nasi makanan utama, roti, roti canai, lempeng kelapa, malah boleh juga di makan bersama mi, mengikut citarasa masing-masing. Produk Ayam Brand adalah produk makanan nombor satu pilihan saya dan keluarga.
Breeze Colour Care Concentrated Liquid Detergent
Wangi, Pekat, dan menjimatkan!
Breeze colour care adalah sabun pilihan keluarga saya. Selepas tukar ke jenama Breeze ini, baju kami tidak lagi ada bau hapak walaupun waktu hujan & baju sentiasa wangi ketika dipakai. Tambahan pula, sabun ini tidak bertompok pada baju dan paling penting tidak perlu risau tentang baju yang lentur warna kerana sabun ini dicipta khas dengan “colour care”. Selain itu, kenapa kami sentiasa akan pilih breeze, adalah sebab kualiti dan harga produk ini yang sentiasa terkawal. Harga yang berpatutan dengan kualiti yang terjamin???