Tefal Flavour Cast Aluminium Wokpan
Biar mahal asal berkualiti
Kalau sebut sahaja pasal kuali keluaran Tefal, mesti dalam fikiran cakap "mahalnyaaaa". Tapi bagi saya, kuali Tefal ini sangat bagus. Kuali ini membuatkan masakan saya bertambah senang dan menjimatkan masa. Kuali non stick ini mengurangkan penggunaan minyak masak dan masakan seperti telur/ayam goreng tidak melekat pada kuali. Mudah dicuci tapi perlu berhati-hati, nanti bercalar. Tapi kalau bercalar sekali pun, masih boleh digunakan juga pun, cuma tidak cantik sudah. Haha.
F&N SEASONS NutriWell
Segar dan Menyelerakan
Antara minuman yang paling saya gemari. Tidak begitu manis dan sangat menyegarkan. Minuman yang sihat dan sangat mudah didapati di mana-mana kedai. Minuman ini saya selalu jadikan hidangan untuk apa-apa acara atau majlis sebab sesuai dan bagus diminum untuk semua lapisan umur.
Kinder Chocolate
Yummy!
Setiap kali masuk supermarket atau mana-mana kedai, mesti akan terbeli ini Kinder Bueno. Rasa coklatnya sangat sedap, tidak begitu lemau, berkrim, berkacang dan rangup di dalam. Saya suka makan ini Kinder Bueno ketika dia sejuk baru keluar dari peti sejuk, sangat sedap, sangat rangup. Walaupun agak mahal, tapi sangat berbaloi dengan rasanya. Tapi tak boleh lah makan ini hari-hari, lama-lama sakit gigi nanti. Haha