Hiruscar Post Acne
Menghilangkan parut
Saya mula menggunakan produk ini beberapa minggu lepas. Pada asalnya muka saya banyak parut akibat kesan bekas jerawat. Sejak menggunakan hiruscar ini parut jerawat tersebut semakin pudar. Walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk berkesan, namun saya berpuas hati dengan hasilnya. Gel ini juga tak melekit dangan sangat selesa untuk dipakai
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Good for any type of skin
Saya mula guna cetaphil awal tahun 2018. Pada sebelum menggunakannya kulit saya banyak berjerawat pasir. Selepas menggunakan cetaphil, jerawat dimuka saya semakin kurang dan sekarang sudah tiada jerawat. Saya akan terus menggunakan pencuci muka cetaphil.
Nivea Men Deodorant Cool Kick Spray
Sentiasa segar
Saya selalu menggunakan bodyspray nivea ini sebelum keluar ke rumah. Walaupun berpeluh tapi dengan menggunakan body spray ini membuat badan saya tak berbau. Orang disekeliling saya juga memuji kerana baunya yang wangi walaupun saya berpeluh. Ianya jugak selesa dan tak melekit. Apabila saya memakai baju putih, tiada kesan kekuningan dibahagian ketiak.