JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
All in one ❤
Produk ini sangat memudahkan saya untuk mengendalikan anak saya yang masih kecil dengan kesuntukan masa yang saya ada. Dengan hanya satu produk ini sahaja cukup untuk di bawa ke mana-mana. Selain itu, bau nya yang sangat wangi, tidak memedihkan mata bayi dan juga melembabkan kulit merupakan kunci terbaik saya memilih produk ini. Anak saya sangat menikmati waktu mandi nya dengan seronok dan saya akan sentiasa tetap dengan produk ini selamanya ❤
Nestle Cerelac® Infant Cereal Brown Rice & Milk
My son 1st food ❤ but help me ?
Saya telah mencuba produk ini dan hasilnya sangat terbaik. Anak saya sangat menyukainya tetapi kemudian dia tidak mahu mencuba makanan yang lain walaupun perisa yang berbeza. Saya cuba menarik minatnya untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang lain tetapi masih gagal ?. Mungkin makanan pertama akan menjadi makanan kegemarannya sehingga merasakan makanan ini lebih sedap dari makanan yang lain.
Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak ajaib ❤
Saya sekeluarga telah bertahun menggunakan minyak Yu Yee Cap Limau ini. Minyak ini juga saya gunakan kepada bayi saya untuk mengelakkan daripada kembung perut. Minyak ini banyak menyelesaikan segala permasalahan seperti angin, sakit dada, tidak boleh bernafas, selsema, sakit kepala, gigitan nyamuk dan lain-lain tanpa memerlukan pelbagai minyak. Keserasian minyak ini dengan kami sekeluarga membuatkan minyak ini sebagai minyak ajaib kami. Minyak ini akan sentiasa kami bawa walau kemana jua sebagai persediaan kami. Minyak Yu Yee Cap Limau Terbaik ???❤?